Thursday, 9 March 2017

PENGENALAN

Teknologi dalam bidang perubatan telah pesat berkembang dan telah memberikan sinar dan harapan kepada jutaan pesakit yang menderita. Teknologi-teknologi baru dan terkini dalam bidang perubatan seperti teknologi MRI, Computer Tomography, Mata Bionik, Teknologi Llizarov serta implikasi-implikasi yang terlibat samada dari aspek positif mahupun negatif. Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Teknologi moden membawa begitu banyak manfaat kepada pengguna. Dalam konteks bidang perubatan, teknologi mampu memberi rawatan yang lebih efektif dan cekap kepada para pesakit. Pesakit-pesakit yang serius seperti Tubercolosis, Polio, Leprosy dan lain-lain dapat diubati dengan perkembangan teknologi. Seiring dengan perkembangan teknologi, sesetengah pesakit kancer dapat juga dapat diubati contohnya dengan melalui sesi kemoterapi yang ternyata menggunakan teknologi moden.

IMPLIKASI PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI PERUBATAN SECARA BERETIKA


Kemajuan sains membolehkan manusia memanfaatkan kelebihan penghasilan teknologi perubatan sebagai contoh, transplantasi organ. Transplantasi atau pemindahan organ adalah satu kaedah rawatan yang terbaik dan dapat menyelamatkan nyawa pesakit yang mengalami kegagalan organ tahap akhir. Organ yang rosak digantikan dengan organ yang masih berfungsi daripada penderma. Antara organ yang boleh dipindahkan adalah  jantung, paru-paru, buah pinggang (ginjal) dan hati. Namun demikian, penghasilan dan penggunaan teknologi perubatan  juga mendatangkan kesan positif dan negatif.

KESAN POSITIF

a) Mewujudkan hubungan psikologi dan kemanusian yang positif
Pendermaan organ dalam kalangan keluarga akan dapat merapatkan lagi hubungan kekeluargaan dan tanggungjawab sesama keluarga. Pendermaan organ oleh seseorang yang tiada pertalian darah akan membuka mata masyarakat tentang pentingnya sifat kemanusian
b) Meningkatkan pemahaman tentang bidang tertentu
Kejayaan pendermaan organ telah memperluaskan dan meningkatkan pemahaman pakar-pakar tentang bidang sel biologi, imunologi, dan rapeutic. Banyak kajian dibuat dan telah menhasilkan pengkhususan dalam beberapa bidang lain.
c) Mengatasi masalah menyembuhkan penyakit yang berkaitan dengan organ
Kejayaan manusia dalam bidang sains hingga kini masih tidak dapat menyembuhkan penaykit kegagalan organ manusia untuk berfungsi secara normal. Ahli sains masih tidak mampu mencipta mesin-mesin atau kaedah-kaedah lain untuk mengantikan fungsi organ,
d) Memberi harapan baru kepada pesakit 
Pemindahan organ merupakan satu cara terbaik untuk memberi harapan kepada pesakit untuk sembuh  dan hidup secara normal serta aktif seperti orang lain. 
KESAN NEGATIF

a) Menghadapi tentangan dari masyarakat 
Menghadapi tentangan hebat daripada masyarakat yang tidak bersedia untuk menjadikan pendermaan organ sebagai amalan hidup. Generasi lama kurang terbuka untuk menerima amalan ini.

b) Timbulnya isu komersialisasi 
Wujudnya soal ganjaran dan bayaran yang harus deberi terhadap pengorbanan yang telah dilakukan. Hal ini menimbulkan kontroversi sesetengah pihak mengharapkan pendermaan dilakukan atas dasar sukarela tanpa menharapkan apa-apa balasan.

c) Komplikasi yang timbul terhadap penderma organ
Penderma akan menghadapi komplikasi akibat daripada kekurangan organ yang sebelum ini sihat tanpa masalah. Penderma terpaksa menghadapi risiko kesihatannya terancam. 

d) Pengabaian soal kerelaan penderma


Pengabaian soal kerelaan penderma disebabkan oleh keadaan masyarakat yang terlalu menekankan tanggungjawab sosial. Oleh itu, wujud tekanan untuk menderma. Jika tidak mereka takut disisih oleh keluarga atau institusi masyarakat. 

IMPLIKASI PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI PERUBATAN SECARA BERETIKA

Kesan Pengabaian Etika dalam Sains dan Teknologi. Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yangtelah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakanmereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supayamereka kembali (insaf dan bertaubat). (al-Rum 30:41)Dunia hari ini, kita telah melihat pelbagai ciptaan manusia dengan bermacam-macam rupa danfungsi. Ini semua hanya mampu dilakukan dengan bantuan akal yang dikurniakan oleh Allah swtkepada bani Adam a.s. Namun begitu manusia tidak mampu mengunakan kemampuan akalsepenuhnya dengan itu, pelbagai kerosakan yang telah berlaku seperti apa yang dinyatakan olehAllah swt dalam ayat Al-Rum 30:41. Berdasarkan ayat diatas, kerosakan berlaku disebabkanperbuatan-perbuatan buruk manusia. Mengikut tajuk perbincagan, antara perbuatan buruk manusiaialah pengabaian etika dalam dalam ilmu alam.Dalam hal ini, nilai-nilai etika yang perlu ada dalam saintis dan teknokrat tidak lagi diendahkanseolah olah ia tidak ada dalam diari hidup mereka. Bagi sebahagian dari mereka telah menciptasesuatu teknologi mengikut kehendak komersial semata-mata tanpa mengambil kira kesan negatif terhadap alam sekitar. Malah, sifat ego dan tinggi diri dalm diri saintis menyebabkan teknologi yangdiciptakan melanggar hukum-hakam dan syariat Islam. Disamping itu, ada juga pengguna yang tidakbertanggungjawab sanggup menyalahgunakan teknologi yang dicipta untuk kegunaan yang haram.Natijahnya, berlaku eksploitasi alam tanpa kawalan. Sainis yang tidak beretika akan menggunakansegala yang ada di muka bumi dengan sepenuhnya tanpa mempedulikan ekosistem atau habitatkehidupan lain. Sememangnya Allah swt menyediakan apa yang ada dimuka bumi untuk keguaanmanusia akan tetapi, ianya tidak ada batasannya. Jadi sebahagian ciptaan manusia yang disalahgunaciptakan bukan sahaja memberi impak negatif terhadap alam sekitar tetapi memberi kesansampingan yang berpanjangan seperti percemaran alam sekitar, rumah hijau, penipisan ozon, pulauhaba dan hujan asid




Memenuhi @ Bertentangan Kehendak Syariah
Topik ini menghuraikan prinsip syariah serta etika islam dalam perubatan
Bahasa: Syarak : jalan ke arah sumber air atau jalan yang lurus [al-Jathiyah : 18] Istilah : merujuk kepada segala hukum yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada umat manusia melalui Rasulullah SAW. Dipanggil sumber air kerana syariat diperlukan sebagai sumber kehidupan manusia. Air diperlukan untuk terus hidup begitu juga syariat sangat diperlukan untuk menjadi nadi dalam hidup manusia. Manusia akan mati tanpa air, manusia akan sesat tanpa syariat. Kewujudan syariat bukan menyusahkan tetapi dipatuhi bagi kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat.
Rabbaniah [Ketuhanan] Wasatiah [Kesederhanaan] Tawazun [Keseimbangan] Mizan [Kesetaraan] Mutlak & Murunah [Tetap & Anjal]
Syariah Islam adalah dicipta dan disusun oleh Allah SWT Segala kandungannya yang meliputi aspek aqidah, ibadat dan muamalat adalah secocok dengan keperluan manusia Alam yang terbentang luas dengan segala khazanah di dalamnya boleh diterokai dengan mematuhi peraturan Allah SWT Setiap kajian dan ciptaan hendaklah menjurus kepada pengabdian diri kepada Allah SWT dan menginsafi keagunganNya Para saintis, teknokrat dan jurutera tertakluk kepada prinsip ketuhanan dan bermatlamatkan kemakmuran sarwajagat
Kesederhanaan dalam syariat adalah memberi makna segala hukum hakamnya adalah bersifat sederhana.Tidak ekstrem kepada yang berlebihan atau berkurangan Boleh berlaku perubahan dan penyesuaian tertentu pada pelaksanaan hukum mengikut keperluan yang tertentu. Contohnya solat fardu hendaklah hendaklah dilakukan secara berdiri. Diberikan kelonggaran untuk duduk bagi yang sakit Wasatiah juga memberi makna pertengahan antara dua perkara. Mengambil tindakan antara dua kecenderungan. Contohnya antara kaya dan miskin. Maka mengambil pendirian sederhana dalam mencari harta lebih diutamakan.
                                                        Pembedahan tukar jantina
Keseimbangan dalam syariat bermaksud segala kandungannya adalah mengimbangi antara keperluan manusia di dunia dan akhirat. Contohnya: mencari rezeki Tujuan: bagi menyara hidup diri dan keluarga. Kaedah seimbang: • rezeki tersebut hendaklah dicari secara yang halal dan baik • dilaksanakan secara paling terbaik. Impak : • dapat gaji • dapat pahala • pengurusan kerja dihargai
Kesetaraan dalam syariat terlihat dalam hukum hakam yang memberikan nilai yang selayaknya bagi sesuatu perkara. Kesetaraan dalam syariat menuntut agar segala tindakan yang dilaksanakan hendaklah meraikan keperluan dunia dan akhirat. Kesetaraan dalam syariat menuntut agar setiap perkara yang dilaksanakan perlu ditimbang agar penyelidikan dan pembangunan mematuhi hukum-hakam yang ditetapkan Setiap perkara yang dilakukan hendaklah mengambilkira item-item yang digunakan benar menurut sukatan atau had yang ditentukan oleh syariat.
. Tiada berlaku sebarang perubahan hukum seperti pengharaman arak. Pengharamannya boleh dikecualikan atau digugurkan seandainya ada keperluan yang syar’i untuk menggunakannya. Contoh: arak terpaksa digunakan untuk tujuan perubatan. Kelonggaran ini boleh berlaku seandainya tiada pilihan lain bagi mengubati penyakit yang merbahaya. Kemutlakan dalam hukum diperlukan bagi memelihara kesucian prinsip syariat dan keanjalan wajar dilakukan bagi meraikan sifat kehidupan manusia yang sentiasa berubah dan dinamik.
Peranan Memelihara Agama Memelihara Maruah Memelihara Nyawa Memelihara Akal Memelihara Keturunan Memelihara Harta
UtamakanYang Utama MatlamatTidak MenghalalkanCara Pelaksanaan Kajian Menepati Syariat Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubat Akidah Diutamakan Syariat Didahulukan
. • Etika bermaksud tingkahlaku yang baik dan hidup yang bahagia • Satu pakej panduan mengurus sesuatu perkara secara terbaik Etika • Berasal dari bahasa latin Moralitas • Memberi maksud tingkahlaku yang baik • Konsep baik dan buruk ditentukan oleh agama, budaya dan adat sesebuah bangsa Moral • Berasal dari Bahasa Arab Khuluq • Memberi maksud tingkahlaku yang baik yang menjadi amalan hidup • Konsep baik dan buruk ditentukan oleh agama Akhlak

.                                                       Pembedahan Plastik


Segala rekaan dan alat yang dihasilkan hendaklah mengelakkan berlakunya kerosakan akhlak manusia. Hasil rekaan yang dicetuskan bukan menjadi sebab umat menjadi alpa daripada tugas sebagai hamba Ciptaan yang dibangunkan mampu mengelakkan manusia daripada merosakkan alam. Keselesaan bukan tiket untuk para saintis, teknokrat dan jurutera melakukan penyelidikan sehingga menafikan maksud syariah. Menghasilkan penemuan sains, teknologi dan kejuruteraan yang memberi manfaat kepada keselesaan manusia Segala ciptaan dan rekaan bukan semata-mata bertujuan komersil atau profit . Nilai-nilai kemanusiaan yang mengutamakan matlamat hidup, kemampuan manusia, mencari jalan yang dipermudahkan dan mampu melonjak prestasi manusia sebagai hamba Allah swt. Meningkatkan kualiti melalui penggunaan nuklear bagi menggantikan tenaga bahan api, pengawetan makanan dan menghapuskan bakteria. Sebaliknya penghasilan ciptaan, rekaan dan inovasi bukan untuk kepentingan peribadi dan merosakkan dunia. Menggunakan sains, teknologi dan kejuruteraan yang memberikan nilai tambah kepada peningkatan kualiti
Menghasilkan rekaan, ciptaan dan teknologi dalam dunia perubatan bagi tujuan merawat, memulih atau mengubati bagi tujuan menyelamatkan nyawa. Contohnya pengklonan bagi tujuan mengatasi kekurangan sel, teknologi genetik melalui tabung uji dan pembedahan plastik bagi memberikan kesempurnaan atau mengembalikan fungsi. Begitu juga pemindahan organ dan derma darah dengan tujuan untuk mengembalikan fungsi dan menyelamatkan nyawa Penghasilan dan penggunaan teknologi dan kejuruteraan untuk tujuan rawatan Eksperimen yang dilaksanakan hendaklah berasaskan kebijaksanaan yang mengutamakan keprihatinan kepada nilai manusia, flora dan fauna. Tiada istilah mengorbankan nilai keinsanan dan kedamaian alam demi untuk profit, kemahsyuran dan kepentingan diri. Kajian yang dibuat hendaklah memikirkan implikasi yang bakal mengesani kehidupan makam manusia, flora dan fauna. Pembedahan plastik untuk tujuan menafikan ciptaan Allah swt dan mengubah identiti adalah dilarang. Melakukan eksperimen dengan bijaksana tanpa niat jahat
Keperluan memelihara agama, bangsa dan negara sememangnya satu keutamaan. Namun nafsu keperluan manusia tidak pernah cukup. Tidak dinafikan perlunya kajian, ciptaan dan rekaan untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara. Justeru itu, bukan sewenang- wenangnya tindakan bersifat sains teknologi boleh menghalalkan sebarang ciptaan, rekaan dan teknologi. Persenjataan dan kelengkapan ketenteraan amat perlu suntikan inovasi dan teknologi. Namun bukan menjadi lesen untuk melakukan kerosakan. Keperluan mempertahankan dan memelihara agama, bangsa dan negara Para saintis, teknokrat dan jurutera hendaklah menghubungkan segala kegiatan mereka dengan alam metafizika. Elemen ketuhanan dan mencari kebenaran merupakan asas etika perlaksanaan mereka. Setiap aktiviti penyelidikan dan penemuan hendaklah berasaskan galakan untuk meneroka khazanah alam berdasarkan etika Islam serta memburu kebenaran wu


 judnya pencipta. Dorongan ketuhanan dan mencari hakikat serta kebenaran menjadi asas bagi kegiatan penyelidikan para saintis, teknokrat dan jurutera. Menghubungkan semua kegiatan dengan alam metafizik
FATWA KEBANGSAAN BERHUBUNG PENDERMAAN TISU, ORGAN DAN TRANSPLANTASI

Di Malaysia , isu pemindahan organ telah dibincangkan sejak 1960-an. Hasilnya, fatwa mengenai pemindahan organ telah dikeluarkan pada tahun 1970 oleh Majlis Fatwa Kebangsaan (pada 23 dan 24 Jun 1970 ): mata dan pemindahan jantung daripada penderma kepada penerima mati hidup adalah dibenarkan dalam Islam , di bawah perkara berikut:
Ia dijalankan dalam keadaan kritikal dan penting di mana kehidupan penerima bergantung kepada pemindahan organ, dan pemindahan yang mempunyai peluang yang tinggi untuk berjaya.
Dalam pemindahan jantung, kematian penderma mestilah dipastikan.
Tindakan yang perlu hendaklah diambil supaya tidak ada pembunuhan manusia dan perdagangan organ yang terlibat
Kebenaran hendaklah diperolehi daripada penderma sebelum transplantasi ( dalam kes-kes kematian biasa) atau dari ahli keluarga ( dalam kes-kes kematian akibat kemalangan).
Keharusan menderma organ juga terikat kepada syarat-syarat berikut yang bertujuan untuk melindungi semua kepentingan selaras dengan undang-undang Islam:
 Tidak memudaratkan penderma yang masih hidup  seperti menyebabkan kematian atau hilang upaya (kehilangan pendengaran, penglihatan dan morbility);
Pemindahan dilakukan dengan kebenaran daripada penderma;
Kebenaran diperoleh daripada penderma yang mengikut undang-undang dan mampu untuk berbuat demikian. Oleh itu , kebenaran tidak boleh diberikan oleh kanak-kanak, pesakit mental yang tidak boleh membuat keputusan rasional, di bawah tekanan atau dipaksa untuk menderma;
Tidak dijalankan dengan cara yang boleh melanggar martabat manusia seperti perdagangan organ. Ia perlu dilakukan atas sebab-sebab altruistic;
Doktor yang terlibat dalam pemindahan organ mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk menilai penderma dan penerima berdasarkan prinsip maslahah ( manfaat ) dan mafsadah ( kemudaratan ) mengikut undang-undang Islam.
Pada 13 Disember 1989, mati otak diterima sebagai kematian dan dengan itu pendermaan organ adalah dibenarkan.
Pada 21 Jun 1995, penggunaan graf tisu untuk tujuan perubatan adalah diharuskan.

6 Kategori Jenis-jenis Operasi Bedah untuk Dikenali

Pembedahan atau yang juga disebut dengan pembedahan merupakan sebuah pengkhususan dalam dunia perubatan. Tujuan dari pembedahan biasanya adalah untuk merawat luka atau penyakit dengan menggunakan operasi instrumen atau manual. Ahli bedah boleh saja doktor biasa, doktor haiwan atau doktor gigi yang memang berkemampuan atau mahir di dalam bidang ilmu bedah. Jenis-jenis operasi bedah cukup berbeza-beza di mana ini berdasarkan pada pada bahagian tubuh yang perlu dibedah, seberapa mendesak pembedahan tersebut harus segera dilaksanakan, jumlah pemotongan yang pesakit perlukan, penggunaan alat, serta tujuan pembedahan. Di bawah ini ada beberapa kategori jenis tindakan bedah yang mungkin boleh anda kenali secara ringkas.

1. Berdasarkan Jenis Prosedur
Ada beberapa jenis operasi mengikut prosedur yang boleh anda lihat di bawah ini:
Reseksi. Pembedahan yang anda tahu dengan mengangkat seluruh atau sebahagian bahagian dari organ tubuh pesakit dinamakan juga dengan pembedahan reseksi.
Pembedahan. Khusus jenis operasi bedah satu ini pasti sudah bukan hal yang asing lagi kerana intinya, pembedahan merupakan operasi pembedahan untuk memotong bahagian tubuh tertentu. Operasi pembedahan seperti ini pada umumnya hanya dilakukan agar dapat mencegah penyebaran jangkitan ke kawasan tubuh yang lain.
Pembedahan rekonstruktif. Jenis operasi pembedahan ini lebih tertumpu pada cara untuk membuat bahagian tubuh yang terluka mengalami peningkatan. Baik itu kerosakan atau kecacatan serius yang diakibatkan oleh penyakit, operasi yang dilakukan sebelum ini, atau kecederaan, tindakan pembedahan rekonstruktif mampu menjadi penyelesaiannya.
Bedah kecantikan. Ketika mendengar jenis operasi ini, mungkin yang ada di benak anda adalah operasi plastik. Bedah kecantikan merupakan jenis operasi yang memang tujuannya untuk membuat penampilan seseorang lebih cantik. Kini jenis operasi pembedahan ini sedang popular di kalangan masyarakat. (Baca juga: bahaya operasi plastik)
Rasuah. Jenis operasi pembedahan ini akan dilakukan doktor untuk organ atau bahagian badan tertentu untuk menggantikannya dengan organ dari sumber lain.
Penanaman semula. Operasi bedah satu ini adalah jenis yang akan dilakukan oleh doktor dengan tujuan melekatkan kembali bahagian tubuh yang sempat terlepas. Ini adalah jenis operasi yang berlawanan dari reseksi.
(Baca juga: operasi gendang telinga)

2. Berdasarkan Alat yang Digunakan

Ada juga jenis operasi yang memang berdasarkan dari alat atau teknologi yang digunakan di rumah sakit atau oleh doktor, seperti: Bedah mikroskopi. Jenis operasi pembedahan ini merupakan bedah saraf mikroskopik yang memang memanfaatkan teknologi mikroskopik supaya doktor mampu mengubati kawasan otak yang sakit melalui lubang bersaiz kecil, yakni dengan membuat kawasan rawatan lebih besar. Bedah endoskopi. Gambaran umum dari jenis operasi pembedahan endoskopi ini adalah dengan menggunakan alat endoskop atau tiub fleksibel nan lembut yang dilengkapi kamera di salah satu hujungnya. Kamera tersebut nantinya bakal digunakan untuk pengambilan gambar bahagian dalam di saluran pencernaan. Biasanya memang tindakan perubatan ini dilakukan untuk mengatasi masalah penyakit gangguan pencernaan. (Baca juga: gangguan pencernaan pada perut) Pembedahan robotik. Pada robotic surgery ini, doktor bedah bakal memakai sistem komputer yang bakal dimanfaatkan untuk mengawal lengan robot beserta ujung-efektor. Keuntungan dalam amalan pembedahan ini adalah bahawa doktor bedah boleh hanya bergantung kepada kaedah berkomputer serta tak perlu hadir di bilik operasi langsung. Bahkan operasi jarak jauh pun membolehkan. Pembedahan laser. Pada tindakan operasi bedah jenis laser, doktor bedah biasanya bakal menggunakan sinar laser supaya kawasan yang rosak di dalam tubuh dapat terobati. Contohnya adalah seperti ketika doktor hendak menutup bahagian pembuluh darah yang ada di bahagian mata para pesakit pesakit diabetes. (Baca juga: teknik pembedahan tonsil)
Sponsors Link

3. Berdasarkan Jenis Sayatan

Ada juga jenis- jenis pembedahan yang didasarkan pada jenis pemotongan yang dilakukan oleh doktor pakar bedah, seperti: Laparoskopi. Jenis operasi pembedahan ini hanya memerlukan insisi berukuran kecil dan perlu diketahui bahawa rata-rata tindakan operasi pembedahan yang besar malah justru mempunyai padanan tindakan bedah dengan memakai teknik laparoskopi. Dengan demikian, masa pemulihan daripada pesakit bakal berkurangan dan biasanya juga tak akan begitu terasa sakit. Laparotomi. Jenis operasi pembedahan ini akan memberi tumpuan pada pembedahan dengan sayatan bersaiz besar. Operasi ini justru bertentangan dengan laparoskopi. 4. Berdasarkan Pemilihan Masa Khusus untuk jenis operasi pembedahan yang ditentukan oleh pemilihan waktu, jenis pembedahan yang perlu anda tahu adalah: Pembedahan kecemasan. Operasi atau tindakan pembedahan ini bertujuan untuk membuat hidup pesakit terselamat. Ketika pesakit baru sahaja mengalami kemalangan teruk atau kecederaan yang mencetuskan trauma, langkah bedah inilah yang doktor pilih. Bedah semi-elektif. Jenis operasi pembedahan ini bertujuan sebagai pencega kesan atau akibat buruk dari suatu kecederaan dan penyakit. Jenis operasi semi-elektif tidaklah harus cepat-cepat dilaksanakan dan boleh doktor tunda untuk sejenak. Pembedahan elektif. Jenis operasi ini doktor akan lakukan dengan tujuan supaya penyakit tertentu tidak membuat nyawa pesakit terancam. Pembedahan pun hanya bakal doktor lakukan apabila pesakit sudah memintanya sendiri.



JENIS PERUBATAN YANG DIBOLEHKAN OLEH ISLAM

TRANSPLANTASI ORGAN 

Pemindahan adalah perpindahan sebahagian atau kesemua rangkaian atau organ dari satu individu kepada individu itu sendiri atau pada individu lain baik yang sama mahupun berbeza spesies. Pada masa ini yang lazim di kerjakan di Indonesia pada masa ini adalah pemindahan suatu rangkaian atau organ antar manusia, bukan antara haiwan kepada manusia, sehingga menimbulkan pengertian bahawa pemindahan adalah pemindahan seluruh atau sebahagian organ dari satu badan ke badan yang lain atau dari satu tempat ke tempat yang lain di tubuh yang sama. Pemindahan ini bertujuan untuk menggantikan organ yang rosak atau tidak berfungsi pada penerima dengan organ lain yang masih berfungsi daripada penderma.

RUMUSAN

Sebagai umat Islam kita harus memahami bahawa penyembuhan sesuatu penyakit itu adalah kekuasaan Allah. Kita mesti berikhtiar dalam mengubati sesuatu penyakit dengan cara yang tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh Islam seperti penggunaan ilmu hitam atau cara lain yang dilarang oleh Allah.
Bahan-bahan yang digunakan sebagai ubat juga mestilah sesuai dengan ajaran Islam seperti suci dan tidak mengandungi najis kecuali dalam keadaan darurat. Apa lebih penting ialah mencegah dan menjaga diri dari terkena penyakit lebih baik dari mengubat.


Kefahaman dan penghayatan tentang halal dan haram dalam aspek ubat-ubatan ini sangat penting dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak agar kesihatan tubuh badan dapat dijaga mengikut ajaran Islam yang sebenar . Oleh itu, kami berharap artikel ringkas ini sedikit sebanyak dapat membantu memberi kefahaman dan penjelasan kepada pengamal perubatan, pesakit dan orang awam mengenai ubat halal dan ubat haram menurut perspektif Islam.

RUJUKKAN

WIKIPEDIA
BLOGGER
MR.GOOGLE

RUMUSAN

Sebagai umat Islam kita harus memahami bahawa penyembuhan sesuatu penyakit itu adalah kekuasaan Allah. Kita mesti berikhtiar dalam mengubati sesuatu penyakit dengan cara yang tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh Islam seperti penggunaan ilmu hitam atau cara lain yang dilarang oleh Allah.
Bahan-bahan yang digunakan sebagai ubat juga mestilah sesuai dengan ajaran Islam seperti suci dan tidak mengandungi najis kecuali dalam keadaan darurat. Apa lebih penting ialah mencegah dan menjaga diri dari terkena penyakit lebih baik dari mengubat.


Kefahaman dan penghayatan tentang halal dan haram dalam aspek ubat-ubatan ini sangat penting dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak agar kesihatan tubuh badan dapat dijaga mengikut ajaran Islam yang sebenar . Oleh itu, kami berharap artikel ringkas ini sedikit sebanyak dapat membantu memberi kefahaman dan penjelasan kepada pengamal perubatan, pesakit dan orang awam mengenai ubat halal dan ubat haram menurut perspektif Islam.