Kesan Pengabaian Etika dalam Sains dan Teknologi. Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yangtelah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakanmereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supayamereka kembali (insaf dan bertaubat). (al-Rum 30:41)Dunia hari ini, kita telah melihat pelbagai ciptaan manusia dengan bermacam-macam rupa danfungsi. Ini semua hanya mampu dilakukan dengan bantuan akal yang dikurniakan oleh Allah swtkepada bani Adam a.s. Namun begitu manusia tidak mampu mengunakan kemampuan akalsepenuhnya dengan itu, pelbagai kerosakan yang telah berlaku seperti apa yang dinyatakan olehAllah swt dalam ayat Al-Rum 30:41. Berdasarkan ayat diatas, kerosakan berlaku disebabkanperbuatan-perbuatan buruk manusia. Mengikut tajuk perbincagan, antara perbuatan buruk manusiaialah pengabaian etika dalam dalam ilmu alam.Dalam hal ini, nilai-nilai etika yang perlu ada dalam saintis dan teknokrat tidak lagi diendahkanseolah olah ia tidak ada dalam diari hidup mereka. Bagi sebahagian dari mereka telah menciptasesuatu teknologi mengikut kehendak komersial semata-mata tanpa mengambil kira kesan negatif terhadap alam sekitar. Malah, sifat ego dan tinggi diri dalm diri saintis menyebabkan teknologi yangdiciptakan melanggar hukum-hakam dan syariat Islam. Disamping itu, ada juga pengguna yang tidakbertanggungjawab sanggup menyalahgunakan teknologi yang dicipta untuk kegunaan yang haram.Natijahnya, berlaku eksploitasi alam tanpa kawalan. Sainis yang tidak beretika akan menggunakansegala yang ada di muka bumi dengan sepenuhnya tanpa mempedulikan ekosistem atau habitatkehidupan lain. Sememangnya Allah swt menyediakan apa yang ada dimuka bumi untuk keguaanmanusia akan tetapi, ianya tidak ada batasannya. Jadi sebahagian ciptaan manusia yang disalahgunaciptakan bukan sahaja memberi impak negatif terhadap alam sekitar tetapi memberi kesansampingan yang berpanjangan seperti percemaran alam sekitar, rumah hijau, penipisan ozon, pulauhaba dan hujan asid
No comments:
Post a Comment